Monday, June 18, 2007

PELAJAR PASTI KAWASAN BUKIT KATIL WAKILI PASTI MELAKA

Melaka, 17 Jun, 3 orang murid dari Pasti Al Kautsar Ayer Keroh terpilih mewakili Melaka dalam pasukan bola sepak dan 5 orang murid dari Pasti Ar Rahmah Solok Gaung terpilih mewakili Melaka dalam pasukan bola jaring yang akan dipertandingkan di Peringkat Kebangsaan di Padang Perdana Kota Bharu Kelantan pada 29 Jun hingga 30 Jun ini.

Menurut saudara Khairudin Ismail, Penyelaras Pasti Kawasan, pasukan bola sepak Pasti Negeri Melaka adalah juara bertahan pada tahun lalu dalam kejohanan yang sama yang turut diwakili beberapa murid Pasti dari kawasan Bukit Katil.Semua peserta yang terpilih telah mengikuti beberapa siri Kem Latihan di sebuah pusat peranginan di Pengkalan Balak,Masjid Tanah. Tahniah kepada mereka yang terpilih dan semoga berjaya dalam pertandingan nanti.

2 comments:

Syahrulmanan said...

Salam,
Saya ingin dapatkan coctact no. sekolah PASTI di kawasan Bkt. Katil atau pihak pengurusan / guru. Saya ingin hantar anak saya sekolah di sana, InsyaAllah. Terima kasih. Email saya syahrulmanan@gmail.com atau no. HP saya 0133887678. Terima ksih.

Wassalam..
Syahrulmanan

PASTI Kawasan Kota Tinggi said...

Assalamu'alaikum.. salam ziarah dari PASTI Kawasan Kota Tinggi. Sudi²lah ziarah kami di http://pastikotatinggi.blogspot.com