Monday, June 18, 2007

PELAJAR PASTI KAWASAN BUKIT KATIL WAKILI PASTI MELAKA

Melaka, 17 Jun, 3 orang murid dari Pasti Al Kautsar Ayer Keroh terpilih mewakili Melaka dalam pasukan bola sepak dan 5 orang murid dari Pasti Ar Rahmah Solok Gaung terpilih mewakili Melaka dalam pasukan bola jaring yang akan dipertandingkan di Peringkat Kebangsaan di Padang Perdana Kota Bharu Kelantan pada 29 Jun hingga 30 Jun ini.

Menurut saudara Khairudin Ismail, Penyelaras Pasti Kawasan, pasukan bola sepak Pasti Negeri Melaka adalah juara bertahan pada tahun lalu dalam kejohanan yang sama yang turut diwakili beberapa murid Pasti dari kawasan Bukit Katil.Semua peserta yang terpilih telah mengikuti beberapa siri Kem Latihan di sebuah pusat peranginan di Pengkalan Balak,Masjid Tanah. Tahniah kepada mereka yang terpilih dan semoga berjaya dalam pertandingan nanti.

Sunday, May 27, 2007

SEMINAR KECEMERLANGAN GURU PASTI ANJURAN DPP BUKIT KATIL DAPAT SAMBUTAN BAIK


Bukit Katil : Seminar Kecemerlangan Guru PASTI anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil(DPPBK) yang bermula hari ini mendapat sambutan hangat apabila 54 orang guru PASTI menghadirinya.

Ketua Jabatan PASTI DPPBK, Khairuddin Ismail(Gambar) dalam kenyataannya kepada blog ini menyatakan sambutan yang diterima oleh pihak penganjur amat menggalakkan kerana pihaknya hanya menjangkakan penyertaan sekitar 20-30 orang sahaja.

"Semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru PASTI yang sanggup 'menggadaikan' cuti mereka amat disanjung dan ini jelas menunjukkan bahawa mereka sentiasa istiqamah dalam tugas mereka mendidik anak-anak ke arah Islam yang syumul" jelas Khairuddin yang juga merupakan AJK PAS Kawasan Bukit Katil.

Walaupun pada awalnya seminar ini dikhususkan kepada guru-guru PASTI Kawasan Bukit Katil tetapi penyertaan juga dibuka kepada kawasan-kawasan lain.

Salah seorang guru PASTI yang hanya mahu dikenali sebagai Ida, 29 menjelaskan bahawa kursus dan seminar sebegini amat menarik minatnya demi untuk meningkatkan kemahiran mengajar dan menguasai kelas.

"Kami memang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar seperti ini demi untuk meningkatkan kemahiran kami untuk mengajar dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkini dan sistematik" jelas beliau dengan bersungguh-sungguh.

Seminar sehari ini dijalankan di Madrasah Ar Rahmah Solok Gaong dan ianya dikendalikan oleh seorang tenaga pakar dari Kementerian Pelajaran. Turut hadir memeriahkan program tersebut ialah Hj Ismail Jabar iaitu Setiausaha PASTI Negeri Melaka.

Syabas Jabatan PASTI

Monday, May 21, 2007

PENGARAH PASTI MELAKA MASUK HOSPITAL

Pengarah PASTI Negeri Melaka, Cikgu Kadir Dewa dimasukkan ke Hospital Pantai Ayer Keroh kerana sakit dada. Beliau dirawat di Bilik 831, Tingkat 4.

Jabatan PASTI Melaka mendoakan beliau cepat sembuh untuk kembali berjuang mendaulatkan Islam.

TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLASEPAK PASTI KAWASAN BUKIT KATIL

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan tahniah kepada PASTI Al-Kauthar yang berjaya memenangi tempat ketiga dalam Kejohanan Mini Sukan PASTI Negeri di Padang Petronas semalam. Pasukan tersebut yang mewakili Kawasan Bukit Katil tewas di peringkat separuh akhir kepada PASTI Kota Melaka menerusi sepakan penalti setelah kedudukan terikat 2-2.

Syabas dan tahniah.

JABATAN PASTI DPP BUKIT KATIL ANJURKAN SEMINAR KECEMERLANGAN GURU PASTI 28 MEI


Jabatan PASTI, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) akan menganjurkan Seminar Kecemerlangan Guru PASTI pada 28 Mei ini bertempat di Madrasah Ar-Rahmah, Solok Gaong, Ayer Molek bermula pada jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam.

Ketua Jabatan PASTI DPPBK, Khairuldin Ismail dalam kenyataannya kepada Blog ini semalam menyatakan antara objektif seminar ialah untuk memberikan suntikan semangat kepada guru PASTI bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik; mendedahkan pelbagai input dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan terkini untuk diapplikasi di dalam kelas; memperhebatkan kualiti sistem pendidikan PASTI untuk meningkatkan kecemerlangan guru dan pelajar.

Program ini merupakan program yang pertama pernah di kendalikan oleh DPPBK dan ianya merupakan suatu perkembangan yang menarik dalam melaksanakan tanggungjawab DPPBK yang diamanahkan oleh jemaah untuk memastikan PASTI terus cemerlang.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua Guru PASTI di dalam Kawasan Bukit Katil, namun begitu pihak penganjur mempelawa Guru PASTI seluruh Melaka untuk turut sama mengambil bahagian dalam program yang baik ini.

Menurut Khairuddin, pihaknya menjemput Encik Roslan Nikmat Guru Cemerlang dan Guru Pakar dari Johor untuk menjadi pembimbing dalam program ini. Roslan merupakan seorang pendidik yang berpengalaman luas dan pernah mendapat anugerah guru cemerlang peringkat kebangsaan. Di samping itu beliau sering di jemput oleh Kementerian Pelajaran untuk membentangkan kertas kerja di seminar-seminar anjuran kementerian tersebut.

2 Kertas Kerja akan dibentangkan iaitu Amanah dan Akauntabiliti dalam pengurusan PASTI dan Celik Rumi Celik Jawi. Selain itu satu slot latihan praktikal juga akan disediakan bagi menilai keupayaan guru dan seterusnya memperbaiki mana-mana kelemahan yang dikenalpasti semasa latihan tersebut.

Kepada sesiapa yang berminat untuk turut sama mengambil bahagian dalam program ini boleh menghubungi Khairuddin di talian 012-9569872

Thursday, April 26, 2007

AHLI JAWATAN KUASA DAN AKTIVITI

Ketua : Khairuddin Ismail
Timbalan Ketua : Zafeer Nor

Objektif Tahunan :
1. Penambahan 1 PASTI setiap tahun.
2. Penambahan 50 orang pelajar setahun
3. Sekurang-kurangnya sekali Program Motivasi untuk Ibubapa di setiap PASTI.

AKTIVITI :

1. SUKAN MINI PASTI KAWASAN PADA 22 April 2007 DI MADRASAH AR RAHMAH SOLOK GAONG.


Sukan Mini PASTI anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil dan PASTI Kawasan telah berlangsung dengan meriah pada 22 April 2007. Sebanyak 8 pasukan bolasepak dan 6 pasukan bolajaring yang mewakili hampir kesemua PASTI dalam kawasan Bukit Katil telah mengambil bahagian.

Pengarah Program, Jusri Jaafar berkata Sukan PASTI tahun lebih meriah dari tahun lalu kerana kehadiran ibubapa lebih ramai berbanding tahun-tahun lepas.



Juara dan naib juara pertandingan bolasepak bergambar sebelum perlawanan akhir



Salah satu perlawanan di peringkat kumpulan acara bolasepak





"Insya Allah kita akan mengadakan sukan tahunan ini dengan lebih baik tahun depan memandangkan ianya amat penting demi untuk mendekatkan PASTI dengan masyarakat serta mengeratkan silaturrahim ibubapa pelajar dengan PAS" kata Jasry yang juga Setiausaha DPP Kawasan Bukit Katil.

Dalam acara Bolasepak, PASTI Al-Kauthar dari Ayer Keroh telah menjadi johan selepas menewaskan PASTI Seri Jati dari Sg Putat dengan jaringan 1-0. Tempat ketiga disandang oleh PASTI As-Solehah dari Taman Merdeka.



Ibubapa yang hadir memberikan sokongan kepada anak masing-masing






Manakala acara Bolajaring dimenangi oleh PASTI Ar-Rahmah Solok Gaung dan Naib Johan dimemangi oleh PASTI Al-Ikhwan dari Melaka Baru.

Pertandingan telah diadakan di Perkarangan Maahad Ar-Rahmah Solok Gaung. Perasmian penutupnya telah disempurnakan oleh Saudara Kadir Dewa, Pengarah PASTI Melaka yang juga Timbalan Pengarah PASTI Pusat. Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Ustaz Kamaruzaman Abdul Rahim, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Mohd Ali Sharif; Setiausaha PAS Kawasan, Hj Salamat Aman; Timbalan Ketua DPP Kawasan, Ustaz Hj Abu Bakar Ramli, AJK PAS Kawasan dan Dewan-Dewan Pemuda dan Muslimat.

2. LAWATAN KE PASTI AL KAUTHAR MENGHADIRI JAMUAN KESYUKURAN PADA 29 APRIL

Saf Kepimpinan DPPBK telah membuat lawatan ke PASTI Al-Kauthar, Ayer Keroh pada 29 April 2007 bagi menghadiri jamuan kesyukuran di atas kejayaan mereka memenangi acara Bolasepak dalam Pesta Sukam Mini PASTI Kawasan Bukit Katil.














Keterangan Gambar : Beberapa pimpinan DPPBK antaranya Razali Osman, Jasry Jaafar, Nazri Ariffin, Puad Abdul, Abdul Latip Deris dan Zafeer Mohd Nor sedang menjamu selera sedang diraikan oleh Ketua PAS Cawangan Ayer Keroh, Ustaz Khairul Che Salleh yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.


3. PENYERTAAN DALAM SUKAN PASTI NEGERI PADA 20 MEI DI PADANG PETRONAS

PASTI Kawasan telah menjadi Johan acara Bolajaring dan memenangi tempat ketiga acara Bolasepak. Suatu kejayaan yang sangat membanggakan. Syabas PASTI Kawasan Bukit Katil.


4. SEMINAR KECEMERLANGAN GURU PASTI KAWASAN 28 MEI 2007

Seminar Kecemerlangan Guru PASTI dianjurkan pada 28 Mei bertempat di Madrasah Ar Rahmah Solok Gaong. Peserta seramai 54 orang terdiri dari 17 guru-guru PASTI dari Kawasan Bukit Katil dan 37 orang guru dari PASTI kawasan-kawasan lain.

Ketua Jabatan PASTI DPPBK, Khairuddin Ismail menyatakan sambutan yang diterima oleh pihak penganjur amat menggalakkan kerana pihaknya hanya menjangkakan penyertaan sekitar 20-30 orang sahaja.

"Semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru PASTI yang sanggup 'menggadaikan' cuti mereka amat disanjung dan ini jelas menunjukkan bahawa mereka sentiasa istiqamah dalam tugas mereka mendidik anak-anak ke arah Islam yang syumul" jelas Khairuddin yang juga merupakan AJK PAS Kawasan Bukit Katil.

Walaupun pada awalnya seminar ini dikhususkan kepada guru-guru PASTI Kawasan Bukit Katil tetapi penyertaan juga dibuka kepada kawasan-kawasan lain.

Pembentang Modul ialah Encik Roslan Nekmat Guru Pakar dari Kementerian Pelajaran.


5. LAWATAN DAN PEMANTUAN KE SELURUH PASTI DALAM KAWASAN BUKIT KATIL

Lawatan dan pemantauan ke seluruh kawasan Bukit Katil telah dilakukan sepanjang awal dan pertengahan bulan Mei. Laporan lengkap telah dibentangkan pada mesyuarat bulanan PAS Kawasan pada 23 Mei lalu.


PROGRAM-PROGRAM YANG AKAN DIJALANKAN

1. Kursus Motivasi Ibubapa pelajar PASTI - Tarikh ditentukan kemudian
2. Ihtifal PASTI Kawasan - Tarikh ditentukan kemudian.
3. Lawatan dan pemantauan ke seluruh PASTI Kawasan dari masa ke semasa.